bismillaah
Small kids don't even know what their parents are doing
They are just having fun and enjoying imitating their parents while the parents are performing solat
The small kids do not the rules and do not have to follow the rules
They just do their things as they perceive it, to their limited understanding and abilities
Anak-anak kecil
Boleh ikut-ikutan ibubapanya bersolat
Mereka boleh ikut-ikutan rukuk dan bersujud
Sambil kadang-kadang melirik ke kiri dan kanan
dan kadang-kadang berlari-lari dan bermain
Anak-anak kecil
Yang belum mencapai tahap mumaiyiz dan baligh
Belum ada kewajipan solat ke atas mereka
Maka kekadang mereka boleh ikut-ikutan bersolat
Hanya ikut-ikutan gerakannya sahaja
dan kadang-kadang bergumam seolah ikut bacaan surah al-Fatiha
Tapi,
Orang dewasa beriman sudah wajib baginya bersolat
Adakah masih mahu menjadi kanak-kanak dengan terus-terusan tidak mahu bersolat?
Kita perlu ingat, kita akan ditanya tentangnya nanti
Sedangkan anak-anak kecil tidak diminta bertanggung jawab
Adakah orang dewasa juga mahu jadi seperti anak kecil
Solat hanya sekadar ikut-ikutan gerakannya
Hanya bergumam seakan membaca surah-surah
Tanpa faham dan tahu
Kita sudah boleh belajar dan mengerti
Sedangkan anak-anak kecil masih belum bisa
Adakah orang dewasa masih mahu bermain-main
Adakah orang dewasa masih perlu melirik kiri dan kanan
Untuk mengetahui pergerakan solat orang di sampingnya?