Bismilllah
Jika kemahuannya tidak diikutkan
Anak-anak kecil akan meronta dalam pangkuan orang tuanya
Menendang, memukul, menjerit tanpa peduli
Apakah si ibu atau si bapa akan marah
Apakah si ibu atau si bapa keletihan melayan kerenah mereka
Kita panggil itu ekspresi diri anak-anak kecil
Bukan satu sikap yang tidak berbudi atau kurang berbahasa
Tapi sikap ini tidak harus dilakukan lagi oleh orang dewasa
Tidak wajar memukul dan menerajang sesama manusia
Tidak sepatutnya menjerit menengking meluahkan rasa
Kalau alasannya hanya marah yang membuak di dalam dada
yang jauh sekali kerana Allah azzawajjala
Kita panggil itu panas baran
Bukan lagi ekspresi diri yang wajar
Janganlah orang dewasa berkelakuan seperti anak-anak kecil
Janganlah orang dewasa tidak mahu memahami anak-anak kecil
Janganlah orang dewasa tidak mahu memerhati anak-anak kecil
Jangalah orang dewasa tidak mahu mengambil pengajaran dari anak-anak kecil
Friday, March 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment