Monday, April 7, 2008

Timacih & soli

Masha-Allah
Sejuknya hati
Apabila si anak kecil menumpahkan beras
Menumpahkan air
Menumpahkan makanan
Lalu disebut
"Soli"

Apabila diletak bantal dalam rak dapur
Diletak semua permainan di atas adik lebih kecil yang ingin tidur
Lalu datang si ayah ibu menyuruh pindahkan
Lalu cepat-cepat dia berkata
"Timacih"
Alangkah sejuknya
Tak jadi marah pada si anak kecil

Budak besar juga perlu ucap 'sorry'
Ucap 'terima kasih'
Pada masa yang sesuai
Kerana ia akan menyejukkan hati
Sesiapa sahaja di sekelilingnya

No comments: